#CLOUDTAGS

Aktiviti (3) Autocopy Trade (1) Cara Hidup (1) CGAT (1) Famili (1) Forex (5) FxUnited (2) Informasi (1) Inovasi (1) Mocaz (1) Perniagaan (1) Teladan (1) Tips (1)

Sabtu, 2 Mei 2015

Asas Membina Jenama Perniagaan

Brand atau jenama, memainkan peranan dalam sesuatu perniagaan untuk memudahkan kita dikenali.  Dalam dunia perniagaan zaman kini, kita terdedah kepada beribu-ribu iklan perniagaan.  Tanpa membina jenama, perniagaan kita umpama sebutir intan dalam timbunan kaca.  Dengan kata lainnya, tanpa jenama, walau sehebat apa pun perniagaan kita, akhirnya pasti tenggelam juga. .

Berikut merupakan beberapa tips asas untuk kita membina jenama dalam perniagaan.



1. Nama perniagaan

  • Pastikan nama perniagaan kita mudah disebut, mudah di eja dan mudah diingat! Seringkali, nama yang complex atau complicated mudah dilupakan oleh orang ramai. Fikirkan nama-nama jenama hebat di dunia, dan anda akan dapat lihat betapa mudahnya bahasa/nama digunakan untuk memudahkan nama perniagaan kita masuk ke fikiran pengguna.

2. Logo & Warna perniagaan

  • Manusia bersifat visual. Oleh itu, visual juga memainkan peranan penting untuk sesebuah perniagaan seperti logo dan warna. Bila kita fikirkan sesuatu jenama, apa yang kita ingat adalah imej perniagaan tersebut seperti tulisan senget Air Asia di atas warna merah, logo Apple pada produk apple seperti iPhone, dan juga lambang arca M warna emas untuk McDonalds.

3. Slogan

  • Dengan terlalu banyak perniagaan, ianya semakin sukar untuk prospek kita ingat pada fungsi dan keistemewaan perniagaan kita. Oleh itu, kita perlu mempunyai slogan pendek yang padat untuk memberi makna kepada jenama kita.

Tips yang kami kongsikan di atas hanya asas dalam membina jenama secara visual bagi sesuatu entiti perniagaan.  Ada banyak lagi hal yang perlu dipelajari terutama penjenamaan secara psikologi dan melibatkan penjenamaan individu yang ternyata lebih memberi impak paling besar dalam dunia perniagaan.
Insya-ALLAH akan kami kongsikan dalam entri-entri yang akan datang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan